
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
speedPBD merupakan sistem Pentaksiran Bilik Darjah berdasarkan kandungan Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran Pendidikan Khas (Pembelajaran). Sistem ini dibangunkan bagi membantu guru pendidikan khas yang mengajar di Program Pendidikan Khas Integrasi. Semua kandungan merupakan DSKP terkini mengikut Tahun semasa.
Inovasi Guru Pendidikan Khas untuk Memudahkan Guru Pendidikan Khas
Manual Pengguna

Pilih Tahun > Kelas > Mata Pelajaran
Menggunakan sistem pilihan berperingkat memberikan kemudahan kepada guru untuk memilih kelas seterusnya memasukkan tahap penguasaan murid. Pilihan mengikut keperluan dan pelaporan dipaparkan dengan serta merta.
Tidak perlu belajar coding Excel @ copy n paste @ adjust printing layout lagi..
Semuanya siap sedia.. Login ! Masuk Data ! Cetak Pelaporan…

Aplikasi Mobil
Guru-guru pendidikan khas bukan sahaja boleh menggunakan komputer untuk memasakan data Tahap Penguasaan, mereka juga boleh akses sistem speedPBD dari mana-mana peranti mobil iOS dan juga Android. Kini guru boleh mencatatkan Tahap Penguasaan dimana sahaja. Semuanya Klik Klik Hujung Jari…

Mudah dan meninggkatkan MOTIVASI guru!!
Menggunakan sistem yang telah siap dikodkan, semua guru pendidikan khas tidak lagi perlu pening membuat sendiri template dari Excel. Menggunakan sistem online semua guru saling bekerjasama demi memenuhi keperluan Murid Pendidikan Khas.
